SecretDiary

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA")

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini disebut sebagai "Akta"), yang mengawal selia pemprosesan data peribadi untuk tujuan transaksi komersial, adalah terpakai terhadap U8SPACE SDN BHD dan syarikat-syarikat berkaitannya (selepas ini disebut sebagai "kami"). Untuk tujuan notis bertulis ini, terma-terma "data peribadi" dan "pemprosesan" akan mempunyai maksud seperti yang ditakrifkan di dalam Akta.

1. Notis bertulis ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak kami.

2. Data peribadi yang diproses oleh kami termasuk nama*, nombor kad pengenalan*, nombor telefon*, alamat e-mel* dan alamat rumah* anda, yang diberikan oleh anda dalam dokumen-dokumen yang dinyatakan dalam perenggan 4 notis ini dan sebarang butiran-butiran lain yang berkaitan dengannya.

3. Kami sedang memproses data peribadi anda, termasuklah sebarang maklumat tambahan yang anda mungkin berikan kemudian, untuk tujuan-tujuan berikut ("Tujuan-Tujuan"):

(a) untuk berkomunikasi dengan anda dan membalas pertanyaan anda;
(b) untuk mematuhi sebarang kehendak undang-undang atau peraturan-peraturan dan/atau permintaan dari badan-badan penguatkuasa;
(c) menjalankan kaji selidik dan penyusunan statistiks;
(d) untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda;
(e) untuk mempromosi dan memberikan anda maklumat berkenaan dengan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami selainkan anda sebaliknya menunjukkan bahawa anda tidak berniat untuk kami memproses data peribadi anda untuk tujuan tersebut.

bagi tujuan-tujuan lain yang mungkin berkaitan dengan perkara-perkara yang dinyatakan di atas.

4. Data peribadi anda sedang dan akan dikumpulkan daripada anda dan/atau merangkumi segala maklumat yang anda berikan di dalam emel anda, semua borang permohonan/pendaftaran, serta maklumat-maklumat lain yang anda berikan melalui komunikasi lisan atau bertulis.

5. Anda boleh mengakses dan memohon untuk mengemaskini atau membuat pembetulan data peribadi anda serta menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda seperti berikut:

Jawatan Individu Yang Perlu Dihubungi: Technical Department Team
Alamat e-mel: technical@u8space.com
No. Telefon: 603-7732 6663

Selaras dengan Akta:
(a) Kami mungkin mengenakan bayaran untuk memproses permintaan anda untuk mengakses atau membuat pembetulan; dan
(b) Kami boleh enggan mematuhi permintaan anda untuk mengakses atau membuat pembetulan kepada data peribadi anda.

6. Data peribadi anda mungkin dizahirkan kepada syarikat induk kami, subsidiary-subsidiari, syarikat-syarikat berkaitan atau bersekutu, pemegang lesen, jabatan kerajaan dan/atau jabatan separa kerajaan dan/atau jabatan kerajaan kuasi dan/atau agensi, badan-badan penguatkuasa dan/atau berkanun, rakan-rakan perniagaan dan/atau pembekal-permbekal perkhidmatan untuk mana-mana Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di atas atau untuk tujuan lain di mana maklumat peribadi anda telah dizahirkan pada masa pengumpulannya atau untuk tujuan lain yang mempunyai hubungan secara langsung dengan mana-mana Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di atas.

7. Anda adalah diwajibkan untuk memberikan kepada kami data peribadi yang ditandakan dengan asterisk dalam perenggan 2 di atas.

8. Jika anda gagal untuk memberikan kepada kami data peribadi yang dinyatakan di atas atau menarik balik persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda, kami mungkin tidak boleh memproses data peribadi anda untuk sebarang Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di atas.

9. Data peribadi anda mungkin dihantar ke lokasi-lokasi di luar Malaysia.

10. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan data peribadi tersebut adalah yang terkini.

11. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia ke atas notis ini, maka versi Bahasa Inggeris akan digunakan.